New Lecturer Easy Guide (newLEG)

New Lecturer Easy Guide (newLEG)

Menu

Prosedur Lapor Diri Pensyarah Baru

Senarai Semak Prosedur Pendaftaran Pensyarah Baru Hari Pertama

Lokasi Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis
Lokasi Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis
  1. Hadir Ke Pejabat Pentadbiran UiTM Perlis (di aras 3, Bangunan Pentadbiran).
  2. Sila pastikan dokumen-dokumen tersebut dibawa bersama:
  • Surat Tawaran Bekerja
  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
  • Salinan sijil-sijil akademik/transkrip yang telah disahkan.

3.Kemukakan kesemua dokumen dan borang pendaftaran staff akademik kepada pegawai bertugas yang menguruskan proses lapor diri bagi mendapatkan 'Nombor Pekerja'.

4. Membuat temujanji untuk berjumpa dengan Rektor kampus.

5. Pergi ke Pejabat Polis Bantuan untuk memohon Pelekat Kenderaan Sementara.

6. Pergi ke Pejabat Infostruktur untuk memohon membuat 'Kad Pekerja' dan juga akses ke Wifi UiTM.

7. Pergi ke Pejabat Hal Ehwal Akademik untuk memaklumkan baru melapor diri sebagai Pensyarah baru dan melaksanakan perkara-perkara berikut:


A- Di Tingkat 1 Bangunan HEA

i. Berjumpa dengan Ketua Pusat Pengajian (KPP) fakulti dan Koordinator Kursus (program).

ii. Memohon jadual kuliah untuk memulakan sesi pengajaran.

iii. Memohon nombor telefon pensyarah sumber untuk mendapatkan maklumat kursus dan bahan-bahan pengajaran yang berkaitan.


B- Di Aras Bawah Pejabat Am HEA

i.  Memohon kunci untuk bilik Pensyarah.

ii. Memohon akses ke Sistem SIMS dan AIMS

    https://aims.uitm.edu.my/curriculum/

    https://sims-academic.uitm.edu.my/sims/


C- Masuk ke Pejabat 

i. Menyemak kod kursus yang terlibat di dalam jadual waktu kuliah. 

ii. Mengenaplasti lokasi bilik-bilik kuliah yang perlu digunakan.

iii. Mendapatkan dokumen maklumat kursus (Course Information) daripada Koordinator Kursus atau dari SIMS (sekiranya telah mendapat akses).

iv. Memuat turun senarai kedatangan pelajar bagi kumpulan-kumpulan yang terlibat dari SIMS.

v. Menyediakan fail bahan pengajaran mengikut kursus yang terdapat di dalam jadual waktu.

vi. Merangka jadual pengajaran berdasarkan Scheme of Work  (SOW) yang disediakan oleh Resource Person (RP) atau Liaison in-Charge (LiC) bagi kursus-kursus yang berkenaan.

SENARAI SEMAK TERPERINCI PROSES LAPOR DIRI PENSYARAH BARU DI UITM PERLIS

Senarai Semak Proses Lapor Diri
Senarai Semak Proses Lapor Diri