New Lecturer Easy Guide (newLEG)

New Lecturer Easy Guide (newLEG)

Menu

Tatacara Memohon Pengesahan Jawatan bagi Pensyarah UiTM

Tempoh Percubaan

1. Semua lantikan dikehendaki berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh enam (6) bulan hingga dua puluh empat (24) bulan.

2.  Semua lantikan pertama dikehendaki mengikuti kursus induksi sebagai syarat pengesahan dalam perkhidmatan.  

Senarai Semak Permohonan Pengesahan Jawatan oleh Pensyarah.




Syarat-syarat Umum Pemohon:

  1. Berkhidmat antara satu hingga 3 tahun dari tarikh mula Lapor Diri.
  2. Telah mengikuti Kursus Asas Pengajaran oleh ILQAM.
  3. Telah mengikuti Kursus Transformasi Minda oleh pihak ILD dengan mendapat sijil 'Hadir dengan jayanya'.
  4. Telah membentang dan menerbitkan satu kertas kerja penyelidikan berindeks dalam tempoh perkhidmatan.
  5. Permohonan diperakui oleh Ketua Jabatan.

Syarat Terperinci Pengesahan Jawatan Pensyarah

1. Staf yang dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan serta mendapat perakuan daripada Ketua Jabatannya adalah layak untuk disahkan dalam perkhidmatan.

2. Perakuan pengesahan mengikut tempoh perkhidmatan oleh Ketua Jabatan adalah berdasarkan laporan prestasi staf seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 9 Tahun 2004:

i. satu (1) tahun tetapi kurang dua (2) tahun = sama atau lebih 85%

ii. dua (2) tahun tetapi kurang tiga (3) tahun = sama atau lebih 80%

iii. tiga (3) tahun atau lebih = sama atau lebih 75%

3. Bagi tujuan pengesahan ke dalam perkhidmatan, syarat tambahan bagi pensyarah adalah pensyarah disyaratkan menghasilkan satu projek penyelidikan yang berdaftar dengan RMI dan perlu hadir dengan jayanya Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran anjuran iLQaM.

4. Jika seseorang staf belum memenuhi syarat untuk disahkan dalam perkhidmatan selepas melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan, staf boleh mengemukakan permohonan bagi pelanjutan tempoh percubaannya dan sekiranya diluluskan, tempoh lanjutan tidak melebihi dua belas bulan.

5. Seseorang staf yang tempoh percubaannya dilanjutkan dengan denda akan hilang kekananannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutan, tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa dalam tempoh pelanjutan percubaan dan tertakluk kepada tarikh pengesahannya, diubah tarikh pergerakan gaji tahunan semasa ke tahun berikutnya.  

Pemberian Taraf Berpencen

1. Setelah mendapat Surat Pengesahan ke dalam Perkhidmatan, staf harus pergi ke Bahagian Saraan & Perkhidmatan bersama-sama dua (2) salinan kad pengenalan dan surat pengesahan tersebut bagi tujuan pemberian taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (dengan syarat telah berkhidmat dalam tempoh genap tiga (3) tahun.

2. Walaubagaimanapun, staf diberi opsyen untuk memilih Skim KWSP sekiranya tidak mahu memasuki Skim Pencen.

3. Perkiraan Pencen: 1/600 X jumlah bulan perkhidmatannya yang boleh dimasuk kira X gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

4. Perkiraan Ganjaran: 7.5% X jumlah bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira X gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

5. Perkiraan Gantian Cuti Rehat: 1/30 X bilangan cuti rehat yang dikumpul (tidak melebihi 150 hari) X gaji akhir (termasuk imbuhan).  

Pembayaran Gaji

1. Pembayaran gaji bulanan staf diuruskan oleh Bahagian Gaji, Pejabat Bendahari melalui dua (2) cara iaitu:

i. dikreditkan ke akaun bank staf

ii. melalui cek:

- Untuk staf baru yang belum mempunyai nombor akaun bank

- Untuk staf yang akan berhenti/memberi notis berhenti

2.  Pembayaran gaji yang dikreditkan ke akaun bank staf adalah melalui bankbank berikut:

Maybank Berhad, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Affin Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad.